Aksi berguling sejurus check-in. Overnya anak aku. Haha
1st day kami jalan-jalan kat seberang dulu. Zara sangat suka tengok burung. Kebetulan kat penang ada bird park dapatlah bawak Mek Zara ke sana. Penang Bird Park ni terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tiket masuk Penang Bird Park adalah RM18 untuk dewasa (warganegara) dan RM10 untuk kanak-kanak bawah 12 Tahun. Tapi kalau tak salah aku bawah 1 tahun free je sebab Zara dapat masuk free.
Nasib la kalau korang pergi masa cuti sekolah. Seronok burung-burung kat sana ramai yang datang melawat. Haha
Suka la tu. Bila tengok bangau ni teringat pulak kat protégé Dato' Sri Vida. Haha
Asyiknya tengok itik.
Cantik itik ni. Kalau la boleh bawak balik...
Muka ngantok..
Auu cakkk..
Aksi memujuk burung supaya datang lebih dekat. Haha
Boleh bagi burung makan. Harga sebekas makanan burung RM1 je.
Banyak jugak spesis burung yang ada kat sini. Tak larat la kalau nk upload semua. Boleh hang laptop buruk aku ni. Lepas habis pusing-pusing bird park masa untuk pulang. Perut pon dah lapar. Seronok sangat Mek Zara hari tu tak macam selalu. Excited! Kesian pulak sebab tak selalu ada masa dengan dia. Oh anak. Emotional tetiba. Jom nangis sama-sama.
Petang tu jalan-jalan kat batu ferringhi tapi sayangnya tak ada gambar sebab batery handphone dah kong. Haha.Sebenarnya plan nak balik Kedah esok malam tapi ada satu lagi tempat yang tak sempat nak pergi iaitu Aquarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung. Rancangnya nak pergi esok tapi hari rabu tutuplah pulak tempat tu. Zara ni memang pencinta haiwan. Ikan pon dia suka jugak. sayangnya kalau tak dapat bawak dia tengok 'pish'. So, tukar plan and stay lagi sehari kat sana. Terpaksa booking bilik directly dan sudah tentulah harganya boleh tahan jugak. Kali ni ambik Deluxe Room. Bukan main lagi kau. Hubby request nak tengok penang bridge view. Deluxe Room je yang menghadap penang bridge. Malam tu lapar tapi letih sangat nak keluar cari makan. So, perkhidmatan KFC Delivery sangatlah diperlukan! Ruginya bila malas.
Morning Ibu. Rambut serabai. Susah betol nak jaga spesis rambut Zara ni. Any tips?
Dah siap nak keluar! Pish pish pish..!
Alahai..Failed!
Gambar kat Aquarium TAR ni tak banyak sebab kat dalam gelap. Lagipon excited sangat tak sempat nak bergambar. Best jugaklah walaupun tak besar mana tempat ni. Yang penting Zara enjoy. Angan-angan nanti nak bawak Zara jalan-jalan kat Aquaria KLCC pulak. Lupa nak bagi tau. Harga tiket masuk murah je RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah satu tahun percuma!!
Gambar kat bawah ni ehsan dari Penang Travel Tips
Sampai sini je dulu..to be continue!
No comments:
Post a Comment