- Berkongsi Ilmu
Kalau korang nak tahu tentang jenis tanaman, kaedah tanaman, penjagaan, khasiat tanaman sehinggalah kegunaan dalam masakan pun boleh jumpa kat dalam page ni. Kadang-kadang benda yang pelik-pelik pun korang boleh jumpa contohnya baja roti, jenis rumput yang boleh dimakan dan sedap berserta resepi! Haha.. dan juga ini
Kegunaan kelambu bukan hanya untuk menghalang nyamuk!
- Barisan Admin dan Otai
Group KBJTS di kendalikan oleh pakar-pakar dalam bidang tanaman tau dan salah sorang adminnya adalah Izham Alias. Korang kenal? dah banyak kali masuk TV mahupun news paper. Bukan calang-calang orang. Ramai lagi admin lain dan sememangnya mereka adalah orang yang bertauliah dalam bidang pertanian. Korang jugak boleh ajukan soalan kepada admin tau!
Izham juga adalah seorang penulis buku, penceramah dan juga blogger!
- Bertukar biji benih FREE
Yang ni memang best. Ahli group KBJTS memang tak kedekut! Kalau diorang ada benih lebih mahupon keratan batang selepas diorang cantas pokok-pokok mesti diorang akan share dengan ahli-ahli lain. Kaedahnya sangat mudah, Hanya perlu pos sampul surat kosong beserta alamat kepada penderma (penderma?) biji benih. Kemudian si penderma akan pos semula kepada si pengirim. Simple kan. Yang menjadi masalahnya bila si penderma ni terlebih bermurah hati ! Ada yang mintak benih cili jambak tetapi yang sampai cili jambak, terung, timun jepun, bendi, mullberry, halia, lengkuas........ Nah, ambik kau!
- Ahli Group yang Friendly
Kalau korang ada sebarang pertanyaan dan masalah tentang tanaman boleh lah kemukan soalan dan post dekat group. Pasti ada yang respon. Diorang memang tak kedekut ilmu. Ahli group ni jugak dah ada yang masuk TV dan news paper gara-gara memiliki kebun yang sangat superb! Semangat tu semangat!
- Menjimatkan kos perbelanjaan dapur
Bila join group ni korang mestilah nak cuba tanamkan. Hasil tanaman boleh dijadikan hidangan untuk keluarga. Haaa..jimat jimat. Pada zaman ekonomi yang kian meruncing ni lebih baik bercucuk tanam. Sekarang semua benda mahal. Haish.. nisa, jangan mulakan plss!
Tahun ni aku dah MC 8 hari bulan lepas gara-gara berkebun. Bercangkul tak hengat dunio. Sakit belakang hampir 2 bulan. Ibu-ibu baru bersalin harap dapatkan pertolongan dari suami jika mahu berkebun. Urat hampa tu lemah lagi tau! Haha. Sekarang mak ambik alih kebun aku yang tak kesampaian tu. Haha. Sayang mak! Muahhh ciked!
Eh..ada tak ahli group KBJTS kat sini????
dulu masa kecik2 selalu jugak tolong mak berkebuh sekarang alahaiii hmmm :(
ReplyDeletetunggu balik kampung semula baru berkebun gamaknya -,-