26 Feb 2016

RESEPI : Pizza Crackers ~ nyum..nyum..


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Salam Jumaat. Cepatnya waktu berlalu dah nak sampai ke penghujung februari kan. Lamanya tak blogwalking. InsyaAllah malam ni ada masa lapang boleh lah singgah kat blog korang yang comel lagi meletop kebaboom! Hari ni kat sekolah ada la buat potluck sikit. Selalunya kami akan masak la beberapa hidangan yang tak sempat nk masak kat rumah bawak masak kat sekolah. Haha. Sambil-sambil tu bolehlah belajar kan. Mr. Joe dengan bangganya nak ajar kami semua bt Pizza Crackers. Mai aiii..belum pernah try lagi so haruslah cuba ok. Kelam kelibut sediakan Pizza Crackers ni untuk 80 orang students. Sepcial Students!

Dengan berbesar hatinya aku nak share resepi ni dengan korang dan juga sebagai rujukan aku nanti. Kalau tak memang lupalah. Masuk angin keluar asap. Sorrylah aku takda bilangan dan sukatan untuk bahan-bahan sebab aku sediakan bahan untuk 80 orang makan. Korang agak-agaklah eh.

Bahan-bahan : 
  • Crackers (kami guna Jacob's crackers original)

Bahan tumis :

  • Bawang Besar (cincang)
  • Bawang putih (cincang)
  • Minyak

Bahan sos :

  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Blackpaper
  • Tomato (potong dadu)
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam

Topping :
  • Capsicum
  • Botton Mushroom
  • Isi Ayam (direbus dan dicarikkan isinya)
  • Sosej (direbus)
  • Mozarela Cheese

Langkah Penyediaan :

Tak sukalah gambar ada time and date. (TETIBA)

Capsicum potong dadu ye.



Button Mushroom (dalam tim)


Isi Ayam direbus kemudian carik-carikkan.


Sosej direbus kemudian potong slice ok.



Tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan bahan-bahan sos. Tak perlu letak garam atau bahan perasa ok. Sebab dalam sos, crackers dan cheese dah ada garam. Menu sihat ni. Haha. Dah sebati semua tutup api. Masa untuk topping!


Susun carckers dalam dulang pembakar. Letak sos dan ratakan. Kemudian letak topping (capsicum, mushroom, sosej, isi ayam dan parutkan keju.)




Bakar pada suhu 120'c sampai cheese cair. Rasanya lebih kurang 5-10 minit. Tak perlu lama-lama sebab semua bahan dah masak.

TARAAA.. dah siap!


Sedap jugak rupanya Pizza Crackers ni. Rangup dan lazat. Nanti boleh cuba buat kat rumah untuk family pulak. Tak susah manapon nak bt Pizza Crackers ni. Mudah, senang dan cepat.


 Wajah-wajah ceria dapat makan Free hari nih. Mih mih.






Masih menabur bakti kat sini selagi Eg-tukar belum lulus. Sayang sangat kat semua family Pendidikan Khas SMKSgN. Anak-anak syurga. Moga Eg-tukar bulan April ni berjaya! Good Luck Niesa!

23 Feb 2016

Pada Dia Aku Meminta


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Minggu lepas Allah uji dengan kesihatan yang tak menentu. Si kecik dan abahnya pon demam jugak. Sakit belakang aku makin menjadi-jadi. Dah hampir dua bulan. Tapi punca penyakit masih tak tahu. Macam-macam hal bila dah jumpa banyak doktor. Tapi ada dua orang doktor yang cakap hal yang sama tentang SARAF. Tak apalah. Sakit penghapus dosa. Allah uji sebab Allah sayang. SENYUM.


Pemilik nama Nur Zara Alisha bt Mohd Nazir. Dialah jantung dialah nyawa. Pinjaman dari Allah. Amanah terindah. Allah belum izinkan Ibu untuk  tinggal bersama Abah dan Zara. Tapi Ibu akan balik tengok Zara setiap minggu sayang. Maafkan Ibu sebab tak dapat jaga dan tengokkan Zara setiap hari. Percayalah sayang, setiap hari Ibu merindui. 

Untukmu suamiku tersayang .... (Eh, mana boleh cakap dalam ni. Kang ada yang muntah) Haha..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
Qs. Al- Baqarah : 216


Pemohonan pertukaran gagal lagi. Sob sob sob..


4 Feb 2016

Penang : Bird Park & Aquarium Tunku ABdul Rahman!


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pantang cuti sekolah mesti nak jalan-jalan dengan suami dan anak. Ini la peluang untuk habiskan masa dengan keluarga sebab aku, husband dan anak tak tinggal sekali. Suami kat Kedah anak pulak tinggal dengan mak aku kat Perlis. Aku pulak sorang je kat Penang. PJJ sangat menyedihkan. Harap sangat eG-Tukar kali ni lulus. 

So, cuti baru-baru ni dapat la bawak Zara jalan-jalan kat Penang. Nak pergi jauh kekurangan bajetlah pulak. Haha. Lagipon waktu cuti sekolah cikgu-cikgu bukan cuti sangat pon. Ada ja keperluan untuk datang ke sekolah. Aku ni dah hampir 3 tahun duduk kat Penang ni tapi jarang sekali dapat jalan-jalan kat dalam pulau ni. Kalau nak ke sesuatu tempat sebelah bandar nuh terpaksalah meraba handphone mencari GPS. 

Perkara pertama yang aku buat haruslah booking hotel dulu. Aku book hotel melalui laman web TRIVAGO. Dalam banyak-banyak site aku survey, aku rasa trivago lah yang paling murah. So, Alora Hotel menjadi pilihan. Alora Hotel ni terletak berdekatan dengan sekolah aku iaitu di Bayan Lepas. Pilihan bilik dia tak banyak hanya ada 3 jenis bilik saja iaitu Standard Room, Deluxe Room dan jugak Family Room. Tapi yang bestnya bilik-bilik ni semuanya besaq gedabak ala-ala suite gitu. Sebab tulah aku pilih hotel ni memandangkan Zara sangatlah lasak.Jadi Zara taklah bosan sangat sebab boleh main kejar-kejar dengan abah ibu. Hihiks.. Harga yang aku dapat RM143 per night. 


Nila standard room tu. Besaq gedabak kan? Boleh main bola lagi.




Aksi berguling sejurus check-in. Overnya anak aku. Haha

1st day kami jalan-jalan kat seberang dulu. Zara sangat suka tengok burung. Kebetulan kat penang ada bird park dapatlah bawak Mek Zara ke sana. Penang Bird Park ni terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Tiket masuk Penang Bird Park adalah RM18 untuk dewasa (warganegara) dan RM10 untuk kanak-kanak bawah 12 Tahun. Tapi kalau tak salah aku bawah 1 tahun free je sebab Zara dapat masuk free.


Nasib la kalau korang pergi masa cuti sekolah. Seronok burung-burung kat sana ramai yang datang melawat. Haha


Suka la tu. Bila tengok bangau ni teringat pulak kat protégé Dato' Sri Vida. Haha


Asyiknya tengok itik.


Cantik itik ni. Kalau la boleh bawak balik...


Muka ngantok..


Auu cakkk..



Aksi memujuk burung supaya datang lebih dekat. Haha


Boleh bagi burung makan. Harga sebekas makanan burung RM1 je.



Banyak jugak spesis burung yang ada kat sini. Tak larat la kalau nk upload semua. Boleh hang laptop buruk aku ni. Lepas habis pusing-pusing bird park masa untuk pulang. Perut pon dah lapar. Seronok sangat Mek Zara hari tu tak macam selalu. Excited! Kesian pulak sebab tak selalu ada masa dengan dia. Oh anak. Emotional tetiba. Jom nangis sama-sama.

Petang tu jalan-jalan kat batu ferringhi tapi sayangnya tak ada gambar sebab batery handphone dah kong. Haha.Sebenarnya plan nak balik Kedah esok malam tapi ada satu lagi tempat yang tak sempat nak pergi iaitu Aquarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung. Rancangnya nak pergi esok tapi hari rabu tutuplah pulak tempat tu.  Zara ni memang pencinta haiwan. Ikan pon dia suka jugak. sayangnya kalau tak dapat bawak dia tengok 'pish'. So, tukar plan and stay lagi sehari kat sana. Terpaksa booking bilik directly dan sudah tentulah harganya boleh tahan jugak. Kali ni ambik Deluxe Room. Bukan main lagi kau. Hubby request nak tengok penang bridge view. Deluxe Room je yang menghadap penang bridge. Malam tu lapar tapi letih sangat nak keluar cari makan. So, perkhidmatan KFC Delivery sangatlah diperlukan! Ruginya bila malas.


Morning Ibu. Rambut serabai. Susah betol nak jaga spesis rambut Zara ni. Any tips?



Dah siap nak keluar! Pish pish pish..!




Alahai..Failed!


Gambar kat Aquarium TAR ni tak banyak sebab kat dalam gelap. Lagipon excited sangat tak sempat nak bergambar. Best jugaklah walaupun tak besar mana tempat ni. Yang penting Zara enjoy. Angan-angan nanti nak bawak Zara jalan-jalan kat Aquaria KLCC pulak. Lupa nak bagi tau. Harga tiket masuk murah je RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah satu tahun percuma!! 

Gambar kat bawah ni ehsan dari Penang Travel Tips
Penang Aquarium

Penang Aquarium

Penang Aquarium

Penang Aquarium

Penang Aquarium

Penang Aquarium

Penang Aquarium

Penang Aquarium

Sampai sini je dulu..to be continue!

3 Feb 2016

Tanda Hamil : Yes! You're Pregnant!


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Menimang cahaya mata merupakan impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Tidak lengkaplah sesebuah keluarga tanpa kehadiran cahaya mata. Namun, semua itu adalah rezeki kurniaan Ilahi. Oleh itu, jika korang dikurniakan zuriat maka bersyukurlah! Nahhh..permulaan entry sangat dramatik. Haha. Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan menanti kehadiran cahaya mata yang pertama, meh aku nak share tanda awal kehamilan dengan pengalaman aku sebelum ujian UPT positif.


Tanda-tanda awal kehamilan :

  • Payudara terasa nyeri dan bengkak
Rasa sakit pada payudara dari yang sedikit hinggalah sakit yang luar biasa, disebabkan oleh pengaruh hormon. Hasilnya, payudara membesar dan pembuluh darah vena di sekitar payudara tampak nyata. Rasa nyeri ini  menyerupai seperti saat sebelum menstruasi. Hal ini juga disebabkan oleh persiapan payudara untuk menghasilkan susu ibu kelak.

Tanda ni selalunya kita akan ingat ni salah satu tanda nak datang haid. Macam tu la rasanya.




  • Terlalu letih
Hubungan antara keletihan dengan tanda-tanda kehamilan memang belum sepenuhnya diketahui, kemungkinan disebabkan peningkatan hormon progesteron yang begitu cepat menyebabkan anda merasa mengantuk dan letih. Lazimnya, rasa letih ini akan beransur hilang setelah usia kandungan memasuki trimester kedua.

Pengalaman aku dulu aku cepat penat. Kalau lepas buat kerja walaupun sekejap mesti letih macam dah seharian berkerja. Mengantok sangat dan asyik nak tidur je. Yang jadi masalahnya bila mengantok kat tempat kerja. Kang tidur kena hantuk kepala dengan bos. Kalau naik tangga cepat semput.

  • Pendarahan Implantasi atau Spotting 
Jika kalender sudah menunjukkan anda terlambat haid, jangan dulu menduga anda telah datang haid ketika mendapati bercak darah (spotting). Hal tersebut disebabkan oleh implantation bleeding atau proses penempelan embrio pada dinding rahim dan itu adalah normal. 

Tak ada pengalaman tentang ni.



  • Kram Perut seperti sengugut
Keluarnya bercak darah lazimnya diikuti oleh kram perut. Jika anda hamil, anda akan mengalami kram perut secara teratur sehinggalah kehamilan trimester kedua. Seringkali anda akan menganggap ia adalah sengugut yang sering dialami sebelum atau pada permulaan haid.

Memang aku ingatkan senggugut pun. Sebab masa tu dah nak dekat waktu period. Actually, aku dapat rasa sedikit kelainan kram perut ni dengan senggugut. Tapi masa tu tak nak terlalu berharap nanti frust. Haha.


  • Kembung Perut
Anda merasa ukuran celana Anda mulai kekecilan padahal Anda baru saja 2 minggu terlambat haid? Itu bukan karena pembesaran rahim yang begitu cepat, tetapi karena kembungnya perut. Lagi-lagi, perubahan hormon yang begitu cepat turut mempengaruhi sistem pencernaan Anda.

Yes. Kembung perut dan nak ***tut je sebab banyak sangat angin. Kerap sendawa.


  • Sering buang air kecil
Sering buang air kecil terutama pada waktu malam disebabkan meningkatnya peredaran darah di sekitar pundi kencing dan juga disebabkan oleh tekanan rahim yang mulai membesar. 

Yang ini yang paling ketara. Tidur asyik terganggu sebab kerap bangun lewat malam untuk ke tandas. Tapi siang hari pon sama je.



  •  Haid tak kunjung tiba
Tidak datangnya haid disebabkan meningkatnya kadar estrogen dan progesteron dan menjadi tanda penting kehamilan pada wanita yang haidnya konsisten. Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur petanda ini bukanlah petanda yang besar buat mereka.

Sebenarnya aku tau aku pregnant sebelum due period lagi. Cuma lepas dh tau tu takut jugaklah tetiba period. Sangat penting untuk korang catat kitaran haid korang.



  • Peningkatan Suhu Badan dan Sakit Kepala
Mungkin yang anda rasakan adalah rasa demam atau  tidak sedap badan, tetapi suhu tubuh basal yang meningkat dan bertahan lebih dari tiga minggu mungkin menjadi petanda untuk meyakinkan anda bahawa anda sedang hamil.

Masa kat tempat kerja rasa seram sejuk macam nak demam diikuti sakit kepala. Lepas balik rumah aku berbaring nampak jam dinding bergegar dan siling rumah berputar. Kuat berpeluh. Tapi kalau korang rasa macam ni jangan ambik apa-apa ubat ubatan. Sangat berbahaya kalau korang pregnant. Boleh effect pada janin.


  • Sembelit
Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.

Aku alami jugak sembelit ni. Memang kena banyak minum air dan makan buah dan juga sayuran.



  • Mual dan Muntah (Morning Sickness)
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.

Selepas kahwin aku tinggal berjauhan dengan hubby. Dia kat Kedah aku pulak kat Penang. Alhamdulillah la aku tak alami benda ni dari awal pregnant sampai la Zara lahir. Bersyukur sangat. Kalau tak mungkin terasa sikit kesusahannya sebab takda moral support dari suami. Kalau ada pon dari jauh tak sama macam kat sisi kan. Sedih sangat. sob sob sob..


Kalau korang mengalami tanda-tanda kehamilan seperti kat atas ni bolehlah pergi farmasi dan beli Pregnancy Test. Sebelum aku dapat result digital tu aku pernah try dengan UPT garisan ni. Brand Clear Blue jugak.




Garisan yang samar. Subuh pagi test tapi tak nampak line. Frust. Balik dari kerja tengok sekali lagi ada 2 line. Rasa nak melompat. Tapi bila search google cakap tak valid sebab lebih dari berapa minit tah. Frust lagi. Tak boleh jadi ni. Then pergi watson cari yang digital. Maka dapatlah result ni.





1st USG dan satu-satunya gambar USG Zara yang aku ada. Hubby cakap waktu ni Zara macam kacang lagi. Kikih..


Terjumpa kat draft. So publish untuk bakal-bakal ibu.