17 Feb 2013

Aku Suka Puding!

I'm Puding lover.. Aku betol-betol teringin nak menikmati keenakkan puding pada ketika dan saat ini. Terasa puding tersebut berlegar-legar di atas kepala menyeru nama aku. 'Niesa.. please come n get me.. I really miss u..!!'LOL*.. Aku tak tahu lah setiap kali aku nampak puding je aku mesti tak boleh kawal diri aku. Kalau aku nampak puding ni kat mana-mana aku mesti jeling lama-lama macam muka tak puas hati tu. Pastu aku dekatkan diri dengan peti ais kedai tu, aku bukak peti ais tu then jelas kelihatan puding/dadih tu depan mata aku.. (eh..tadi cerita pasal puding..ni dadih plak..same je la kau..) Dah puas belek-belek tangan ni macam ringan je grab puding tu. Begitulah teruknya sawan aku dengan benda lembik ni. Kadang-kadang pulak kalau aku teringin tahap cikadak tapi malas nak keluar, aku dengan lajunya kirim bahan nak buat puding/dadih kat mak aku masa dia pergi beli ikan. Ni epilepsi (sawan) tahap tak hengat duit. Nah amek kaw.. 

Disebabkan aku ni peminat setia puding, ada la beberapa resepi yang aku pernah buat. Dadih tu dah kompem la pernah buat dan sangatlah mudah. Yang macam susah sikit ni 'puding marble' la. Ni yang pernah aku buat ok. Sebenarnya takde lah susah manapon. Simple je step dia dan bahan-bahan pon senang sangat nak jumpa. Pergi kedai Mak Jemah kat sebelah rumah tu ada je barang. Tihee.. Ini lah rupa puding marble tu. Yg aku bt dlu ntah mana pic aku snap tu aku simpan. Malas pulak nak cari. Aku suka yang sejuk dari dalam peti ais. Rasa dia lemak-lemak manis berkrim disukai ramai gituu dan wangi je rasa bila dah letak dalam mulut. Alahai Jemah. Menambahkan sawan plak.
                                                                                                                 *ihsan google
 


Fuhyoooo.. tak boleh tahan maaa.. LOL.. sob..sob..sob..

Tapi dalam banyak-banyak puding ada satu puding yang aku tak suka. Puding Caramel. Sangat-sangat membenci puding caramel kerana bau telurnya yang sangat menusuk hidung. Tekak aku memang tak boleh terima. Sekali je aku pernah buat. Pastu dah tak nak buat lagi. Nasib baik ada abah yang sudi makan sampai habis. Tq Abah. Mati la aku kena ban ngan peminat puding caramel. Jom la layan pic puding ni. Sedapppp baq angg...

Alahai..cutenya.. I love Choclate Flavour so much..much..


Pudding ni memang sedap sebab macam ada jelly on top..
Puding Caramel..
NOPP!! Can not go. Benci la sangat nanti termakan sumpah baru padan ngan muka aku.. 
Hai. Sudah-sudah la tu. Mengalahkan nafsu gajah pulak. Sawan ni makin menjadi-jadi di dalam bulan Ramadhan. Faham-faham je la.. hihi. Adakah youlss sama spesis dengan iolss?
**Thank you for reading this entry**

1 comment: