Tumbuk bawang putih, bawang besar sehingga... sehingga apa eh?? Sampai jadi macam gambar tu. Takmo la lumat sangat. Lepas tu tumbuk lada hitam, sama jugak jangan halus sangat ok. Kemudian tuan-tuan dan puan-puan masukkan ke semua bahan lain tu ke dalam mangkuk bersama ayam den lapeh youlss tu dan gaulkan rata.. (Ini ke yang dikatakan ekpress tu?puiii..) Garam jangan banyak sebab sos tiram kan dah masin. Pastu cuit skit rasa kot-kot ada yang kurang boleh tambahkan. Tak mati punyalah rasa sikit. Hok alohhh..
Lepas dah sebati ayam korang mandi tu, korang boleh prepare kamar tidor mereka pulak. Cara-caranya mudah dan simple sahaja. Lapik pemanggang korang menggunakan daun pisang macam kat bawah ni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ayam ni kering bila tengah panggang tu. Nanti tak sedap la sebab ayam akan jadi keraskan. Nak yang basah-basah skit baru bestttttt. Pastikan korang lapik atas dan bawah yer. Bagi pengguna pemanggang ajaib aladdin, korang tak perlu la lapik daun pisang ni. Kalau nak lapik pon ok jugak sebab menambahkan kewangian ayam korang exspecially pada bahagian ketiak ayam tu. Bhaha..
Ok..sekarang ayam youlss dah ready untuk dipanggang. Aku takda spesifikkan masa panggang ni. Adoii..kalau korang nak tahu ayam tu dah masak korang cucuk la pakai garpu eh. Kalau dah lembut and smooth je memang dah masak la kot. Pastu bolehlah dihidangkan dan disimpan di dalam perut. Selamat mencuba!!!
howoowoooOowo.. sungguh sedap di makan begitu saja..
Lagi sedap kalau ada tembikai laici.. yummy..
Makan ayam tu sambil buat muka macam aku ni. Bhaha. Sangat tak senonoh. Baiii youlss..
**Thank You For Reading This Entry**
No comments:
Post a Comment