27 Jan 2016

Review Pelamin DIY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي

Hola. Hari ni terlebih rajin balik dari mall nak update entry pasal pelamin DIY aku. Dah 2 tahun kahwin baru sekarang ko nak update pasal pelamin? Dah korang tanya sangat nah aku nak story. Tapi faham-faham sendirilah sebab dah lama sangat so tak semua benda aku ingat terutamanya tentang kos. Tapi insyaAllah aku cuba jugak lah ingat apa yang terdaya kan. Sebenarnya pelamin aku ni bukannya totally aku punya design (mcm pelik pulak bahasa ni). Aku ambik dari google jugak. Dari situ lah aku cuba realisasikan apa yang termampu dan yang paling penting cukup bajet.


  • Karpet bulu

Simple je sebenarnya pelamin aku ni sebab aku punya taste memang yang simple2 but nice ja. Untuk menjayakan projek aku ni, en suami sangatlah membantu. Nak mencari barang bukanlah senang. Dua tiga buah kedai aku pergi belum tentu dapat apa yang dicari terutama karpet pink tu. Pada mulanya aku mencari karpet warna putih dan aku ada terbaca yang alas bulu ni banyak jual dekat kamdar. Tapi penat mencari sebab mungkin terlajak laris memang tak ada cuma tinggal warna lain ja. So, plan berubah dan masa tu aku rasa warna pink ni paling selamat. Berani mati jugaklah nk buat keputusan ni sebab selalu tengok orang guna warna putih je. Maaflah sebab aku tak ingat pulak berapa harganya. 
  • Platfrom

Platform Abah aku sukarela nak buatkan. Jimat! Maaf la tak tau ukuran. Karpet platform ni aku sendal je kat bawah. Balut macam cadar katil tu. Senangkan. 
  • Backdrop

Haaa..ni part paling lawak aku rasa. Haha. Kain backdrop tu sebenarnya kain baju sekolah! Kahkah.. aku tak tau nak beli fabrik apa so aku main rembat ja. Aku tengok macam sesuai ja warnanya. Bola kaca yang aku gantung tu aku beli suka-suka ja. Niat hati nak letak kat dulang hantaran tapi tercomel pulak letak kat situ.
  • Bunga

Bunga ni ada 4 pasu kesemuanya. Aku beli bunga ni dekat kedai pengantin Rainbow. Orang-orang utara mesti tau kedai pengantin ni. Gabungan warna tu aku yang pilih ikut kepala aku ja sebenarnya sebab tak ada tema. Agak-agak matching je dengan baju nikah warna cream. So aku rasa warna pastel sesuai kot. Aku gubah? Memang tak lah. Untuk keempat-empat pasu ni harganya RM180 siap gubah. Ok tak harganya? Ke mahal?


  • Stand Pasu

Sebenarnya (suka sgt mula ayat dengan sebenarnya) aku tak berapa suka stand pasu dari besi sebab aku memang target stand dari kayu. Tapi bila cari tak ada stok. Malas jugak nak mencari akhirnya aku decide beli je lah stand besi ni. Aku beli stand ni dekat Borong Din Cmart Arau dan harganya RM 50 setiap satu.
  • Spotlight

Spotlight beli barang kemudian encik suami yang tolong buat wiring. Jimat lagiii! Haha.


  • Bantal Hiasan

Bantal hiasan ni aku buat sendiri je. Bukan readymade punya tapi aku beli kain kemudian upah tailor sebab dah tak pandai jahit kan. Kain nak buat bantal ni aku beli kt kamdar jugak semeter RM2. Upah tailor RM10 untuk 6 biji bantal. Fiber RM25 sebab yang berkualiti punya tau. Yang murah ada jugak tapi low quality skit sebab berketul-ketul dan keras. Bantal bentuk Love warna biru tu aku beli kat kedai deco. Bantal ni memang readymade. Kalau tak salah aku harganya RM12 sebijik. Masa beli tu tak tau lagi nak letak kt mana. Main rembat je minah ni.

Rasanya setakat tu saja lah. Untuk korang yang berangan nak buat pelamin sendiri aku cadangkan korang survey lah dulu harga barang-barang pelamin idaman korang. Jangan jadi macam aku. Main rembat je. Haha. Sekian Wassalam.

Perasan tak apa yang ganjil? 




3 comments:

  1. Comel..Murah pun Murah sangat...

    ReplyDelete
  2. tq..suka bt sdri sbb semua brg2 tu jd hak milik..klu sewa byr je pastu nnt org dtg angkut jgk..haha

    ReplyDelete