27 Jan 2016

Coffee Scrub LSE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي


Hola. Korang pernah tak dengar pasal coffee scrub?Actually, aku pon baru tahu pasal scrub dari kopi ni. So aku nak share skit kat korang tentang produk yang superhot meletop gila dekat pasaran. Dulu sebelum aku terbaca tentang scrub kopi ni, aku ingatkan kopi tu just untuk minum je rupanya banyak lagi kegunaan kopi ni. Salah satunya adalah untuk kecantikkan wajah dan juga kulit kita.

Semua orang tahu kopi mempunyai kandungan kafein. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa kopi juga mempunyai kandungan seperti asam buah, asam organik, lemak alkoloid, mineral, potasium, magnesium dan besi yang sangat banyak manfaatnya pada wajah dan kulit korang.



Sebenarnya banyak jugak coffee scrub yang terdapat dekat pasaran tapi hari ni aku nak riview tentang produk Coffee Scrub by LSE yang bagi aku sangat best dan superb. Apa yang menjadikan CS by LSE ni berlainan dari produk lain adalah kandungan yang terdapat dalam scrub ni. Kalau korang nak tahu salah satu kandungan scrub ni ialah minyak zaitun. Bukan minyak zaitun biasa-biasa ja tapi ni yang virgin punya. Minyak zaitun ni merupakan agen pelembab kulit. Kualiti dan khasiatnya memang tip top lah bukan hanya untuk kesihatan je tau. Antara kandungan bahan lain yang terdapat dalam CS by LSE ni juga adalah seperti kopi ofcozlah kan, kulit kayu manis, gula perang etc. Tengok tu, semua bahan-bahan memang terbaik untuk kecantikkan kulit tapi korang tak perlu risaulah sebab kandungan CS ni tidak berbahaya dan selamat untuk digunakan dan yang best 100% organik. 




Kebaikkan Coffee Scrub by LSE :

Melembut & melicinkan kulit
Boleh dipakai di muka, badan dan bibir
Mengurangkan stretch mark & selulit
Mengurangkan masalah kulit kering dan mengelupas
Antioksida (awet muda) & menyerikan kulit
Mengurangkan bau badan terutama di bahagian armpit

Memberi aroma yang segar dan menyenangkan
Membuang sel kulit mati

Memudarkan parut



Kalau riview produk tak sah lah kalau tak ada testimoni dari pengguna betol tak? Nah, berlambak aku bagi!






Aku jugak tak ketinggalan untuk mencuba produk hot ni. Memang best baq hang! Bayangkan hari tu balik dari kerja dengan muka tenuk sebab letih sangat. Bila first time buka penutupnya Subahanallah baunya wangi semerbak. Kalau korang punya tandas sebelum ni bau petai terus bertukar jadi starbuck. Haha. Aroma dia memang power la sebab kandungan kopi dia memang kaya. Lepas je apply kat muka dengan badan macam nak pengsan sebab memang lembut, licin gebu gila. Sumpah aku tak tipu. so bagi aku scrub kopi bukan sahaja untuk kecantikkan tapi juga sebagai terapi stress. Kalau korang tak percaya korang boleh try sendiri dan aku berani cakap korang mesti akan fall in love dengan CS by LSE ni. Mesti rasa macam nak pakai tiap hari. 

Bagi yang nak cuba dan nak tahu lebih banyak tentang coffee scrub ni  visit IG ni Coffeescrub_LSE
Owner dia pon baik hati tau..K baii..



No comments:

Post a Comment