12 Sept 2012

~ Blog Arwah Yasmin Hunwick ~

Hari ni dalam mood sedih sbb terjumpa blog rakan blogger kite semue..
Blog arwah Yasmin Hunwick.. Blog ni merupakan blog milik Yasmin yg telah diambil alih oleh mama arwah selepas pemergian arwah.. arwah telah terlibat dalam satu kemalangan di Langkawi ketika hendak membuat pusingan U..

Walaupun aku x kenal arwah, tp aku terasa nk tulis entry ni utk bacaan rakan bloger lain...
mungkin dh ade yg dh lame thu psl kewujudan blog ni..
aku pon baru tau sbb ternampak post tentang blog ni kt facebook.. sronok bace entry tulisan arwah..mmg arwah pandai sgt tulis.. sempoii sesangat.. menurut mama arwah, arwah seorang yg baik dan sopan santun... comel.. mmg aku sndiri xdpt nk sangkal yg arwah mmg cantik dan comel bile tgk pic2 die..
aku rasa xperlulah aku nk cerita segalanya sbb korang sendiri blh lawat blog die dan bace sendiri entry arwah dan mama yasmin..

keratan akhbar tentang kemalangan yg membabitkan arwah..


LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama


sebenarnya...semalam (11 sept) genap 100 hari arwah pergi meninggalkan family dan rakan2.. dan hari ni (12 sept) pulak birthday aku... mungkin Allah nk ingatkan aku tentang kematian yg x mengira masa.. dan xpernah lambat mahupun cepat walaupun seminit...
bt keluarga arwah.. salam takziah.. dan bt arwah..semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.. amin..




8 comments:

  1. dtg cni n follow blk :-)) thanx dear (^_^) follow blog ahkak :-))

    ReplyDelete
  2. Salam, aunty ibu arwah.. maaf jika lambat reply. TQ aunty ucapkan.

    ReplyDelete
  3. semoga roh arwah dicucuri rahmat..saya tertarik baca kisah arwah sebab namanya juga sama dengan saya dan kami pun sama2 berdarah kacukan..

    ReplyDelete
  4. tarikh arwah meninggal sama dengan tarikh lahir saya..dan ini lagi mengingatkan saya tentang soal kematian yang memang kita takkan tau bila waktu kita akan menghadapinya..
    innalillahiwainnailaihirajiun..

    ReplyDelete