2 Feb 2016

Food Craving

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tidur lewat malam membuatkan kita rasa lapar. Betol tak? Dan sememangnya tidak dapat dinafikan berat badan aku mula bertambah dengan cemerlangnya sewaktu belajar di U dulu. Kehendak assignment memaksa aku untuk tidur lewat malam bagi menyiapkan assignment yang menggunung. Pukul 2pagi perut akan mula mendendangkan lagu yang tak dapat dikenalpasti genrenya. Lepas tu mula la terbayangkan makanan. Ayam goreng, cucur badak, laicikang dann


ini?


dan ini juga..



dan ini juga.

Semua ini membuatkan perut rasa semakin pedih. Dan telah menjadi satu kebiasaan iaitu teringin benda lain makan benda lain. Haha. Kalau dah tengah malam korang lapar nak makan cendol mana nak cari beb. Bukannya macam fast food 24hours. 
Krikk krikk..Aku sedang mengalaminya. Korang pulak macam mana?

1 Feb 2016

Template design by Aisyhah Nyais

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hola. Yeehuu blog dah lawa!! Bertambah semangat nak berblogging. Nampak tak semangat haruslah besar! Hari tu blogwalking terjumpa blogger dari kampung halaman aku ni. Bila tengok punya tengok rupanya sis ni design template. Sangat tertarik dengan design dia bila tengok portfolio. Then terus contact. Rupanya dia ni junior adik aku kat sekolah. Keciknya dunia. Haha. Sangat best dan senang berurusan dengan Ecah. Cakap je design macam mana korang suka. Macam aku, aku request tema pink dan munga-munga sebab nak kasi mungaaa hati ni. Tahun 2016 adalah tahun munga-munga niesaazizan!

Korang kalau berminat nak kasi cun blog korang bolehlah blogwalking kat blog Aisyhah Nyais
Confirm berbaloi dan puas hati. Sangat cepat dia buat kerja.




Thanks Ecah!

Long-distance love

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي



Setiap hariku mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya artinya


Kau beriku harapan menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang dengan merasa kesyukuran
Ku doa kau selalu mengawasi gerak geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dariMu


Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu


Adakala ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku melalui semua itu
Kuatkanlah cekalkanlah diriku


Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selala


Curahkanlah nikmatMu kepada hidupku
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu