7 Mar 2016

Musim buah bakal tiba...

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Musim buah bakal tiba. Masa ni strawberry, anggur, epal pon dah tak ingat dah. Untungnya siapa ada dusun. Korang suka musim buah? Jom hangatkan penantian dengan melayan gambar-gambar yang pasti meruntun jiwa. Musim ni la yang buat aku ternanti-nanti setiap tahun. 
AMARAN KERAS! IBU HAMIL TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMBACA ENTRY INI!!

HARUM MANIS. Dah nak dekat musim. Menanti ia masak. Lepas ni berlambak la yang order. Pantang balik kampung kan. Setahun sekali je musimnya. Harga memang kaw la. KOrang jangan terkezut dah la.


DURIAN. Aku tak kisah pon kau musang ke, king kong ke aku bedal je semua.


CEMPEDAK. Cempedak goreng memang betol-betol layan. Bau je pon memang dah rasa nak nangis..kahkah.


RAMBUTAN. Kalau nak makan rambutan lagi sedap kalau kupas banyak-banyak kemudian letak dalam peti sejuk. Berkilo-kilo beli pon habis weh.


MANGGIS. Buah yang banyak khasiat. Rugi kalau tak makan.


DELIMA. Ni gambar aku snap masa tengah pregnant dulu. Bila tengok balik terliur la pulak. Haha. Sengal!


KERIANG DOT @ gheyang dot. Buah ni legend. Payah nak jumpa. Dah nak pupus pon. Cicah garam belacan sodap nih.


LAICI. Benda pertama yang aku mengidam masa mengandung dulu. Masa tu bukan musim buah. Nasib la Zara tak meleleh air liur. Haha.


DOKONG. Bukan kita ja suka, semut pon suka. Kann..


KUNDANG a.k.a Staq. Masam-masam manis. Baru tengok dah kecur air liur.


CERMAI. Buah ni makan macam tu je memang tak la. MASAM!! Tapi kalau buat jeruk yang warna merah-merah tu sedappppppp. Dulu masa sekolah rendah ada member jual. Sebungkus 20 sen. Siapa lambat melepas. Kalau nak selamat kene la order. Kihkih.


TAMPOI. Isi kat dalam macam buah dokong. Tapi rasa dia sedap. Lemak-lemak berkrim. hikss..


GAJUS. Kalau orang Perlis kami panggil buah jangguih. Haha. Sekarang tengah berbunga pokok ni. Kat rumah mak ada sepokok je. Susah jugak nak jumpa. Buah ni pucuk pon boleh makan. Buat ulam. Biji dia sedap!!! Masa kecik-kecik mak selalu panggang biji dia. Tapi bukan panggang dalam ketuhar no. Haha. Kalau buat pajeri memang sedap, Favourite!

Cukup-cukup la kan. Tak tahan  godaan dah. Seronok ada geng tahun ni. Anak pon suka makan buah. Bertapa banyaknya nikmat tuhan bagi kat dunia ni kan. Alhamdulillah.

26 Feb 2016

RESEPI : Pizza Crackers ~ nyum..nyum..


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Salam Jumaat. Cepatnya waktu berlalu dah nak sampai ke penghujung februari kan. Lamanya tak blogwalking. InsyaAllah malam ni ada masa lapang boleh lah singgah kat blog korang yang comel lagi meletop kebaboom! Hari ni kat sekolah ada la buat potluck sikit. Selalunya kami akan masak la beberapa hidangan yang tak sempat nk masak kat rumah bawak masak kat sekolah. Haha. Sambil-sambil tu bolehlah belajar kan. Mr. Joe dengan bangganya nak ajar kami semua bt Pizza Crackers. Mai aiii..belum pernah try lagi so haruslah cuba ok. Kelam kelibut sediakan Pizza Crackers ni untuk 80 orang students. Sepcial Students!

Dengan berbesar hatinya aku nak share resepi ni dengan korang dan juga sebagai rujukan aku nanti. Kalau tak memang lupalah. Masuk angin keluar asap. Sorrylah aku takda bilangan dan sukatan untuk bahan-bahan sebab aku sediakan bahan untuk 80 orang makan. Korang agak-agaklah eh.

Bahan-bahan : 
  • Crackers (kami guna Jacob's crackers original)

Bahan tumis :

  • Bawang Besar (cincang)
  • Bawang putih (cincang)
  • Minyak

Bahan sos :

  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Blackpaper
  • Tomato (potong dadu)
  • Serbuk lada putih
  • Serbuk lada hitam

Topping :
  • Capsicum
  • Botton Mushroom
  • Isi Ayam (direbus dan dicarikkan isinya)
  • Sosej (direbus)
  • Mozarela Cheese

Langkah Penyediaan :

Tak sukalah gambar ada time and date. (TETIBA)

Capsicum potong dadu ye.



Button Mushroom (dalam tim)


Isi Ayam direbus kemudian carik-carikkan.


Sosej direbus kemudian potong slice ok.



Tumis bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan bahan-bahan sos. Tak perlu letak garam atau bahan perasa ok. Sebab dalam sos, crackers dan cheese dah ada garam. Menu sihat ni. Haha. Dah sebati semua tutup api. Masa untuk topping!


Susun carckers dalam dulang pembakar. Letak sos dan ratakan. Kemudian letak topping (capsicum, mushroom, sosej, isi ayam dan parutkan keju.)




Bakar pada suhu 120'c sampai cheese cair. Rasanya lebih kurang 5-10 minit. Tak perlu lama-lama sebab semua bahan dah masak.

TARAAA.. dah siap!


Sedap jugak rupanya Pizza Crackers ni. Rangup dan lazat. Nanti boleh cuba buat kat rumah untuk family pulak. Tak susah manapon nak bt Pizza Crackers ni. Mudah, senang dan cepat.


 Wajah-wajah ceria dapat makan Free hari nih. Mih mih.






Masih menabur bakti kat sini selagi Eg-tukar belum lulus. Sayang sangat kat semua family Pendidikan Khas SMKSgN. Anak-anak syurga. Moga Eg-tukar bulan April ni berjaya! Good Luck Niesa!

23 Feb 2016

Pada Dia Aku Meminta


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Minggu lepas Allah uji dengan kesihatan yang tak menentu. Si kecik dan abahnya pon demam jugak. Sakit belakang aku makin menjadi-jadi. Dah hampir dua bulan. Tapi punca penyakit masih tak tahu. Macam-macam hal bila dah jumpa banyak doktor. Tapi ada dua orang doktor yang cakap hal yang sama tentang SARAF. Tak apalah. Sakit penghapus dosa. Allah uji sebab Allah sayang. SENYUM.


Pemilik nama Nur Zara Alisha bt Mohd Nazir. Dialah jantung dialah nyawa. Pinjaman dari Allah. Amanah terindah. Allah belum izinkan Ibu untuk  tinggal bersama Abah dan Zara. Tapi Ibu akan balik tengok Zara setiap minggu sayang. Maafkan Ibu sebab tak dapat jaga dan tengokkan Zara setiap hari. Percayalah sayang, setiap hari Ibu merindui. 

Untukmu suamiku tersayang .... (Eh, mana boleh cakap dalam ni. Kang ada yang muntah) Haha..


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
Qs. Al- Baqarah : 216


Pemohonan pertukaran gagal lagi. Sob sob sob..